fbpx

Cikgu PJPK dipuji ajar murid pendidikan seksualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cikgu Ferdy mengajar tentang pendidikan seksualiti di kelas.

PETALING JAYA- Tindakan seorang guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) mengajar murid-muridnya mengenai sentuhan tidak selamat di dalam kelas yang tular di media sosial mendapat pujian ramai.

Rakaman klip video yang dikongsi oleh @akhifairuz_ berdurasi dua jam 20 minit di Twitter itu menunjukkan seorang guru sedang mengajar murid-murid sekolah rendah tentang pendidikan seksualiti.

Guru yang dikenali sebagai Cikgu Ferdy itu dilihat bersemangat dalam menyampaikan ilmu kepada mereka dengan cara yang mudah faham dan membuatkan sesi pembelajaran lebih riang.

Beliau mengajar murid-murid tersebut tentang anggota badan yang sensitif untuk disentuh oleh orang lain.

Rata-rata pengguna media sosial memberikan pujian dan syabas kepada guru yang mengajar anak muridnya dengan ceria.

“Terima kasih untuk video ni. Sangat membantu untuk saya yang anak tengah rancak membesar,” tulis @farhasa8.

“Comel cikgunya mengajar. Cara mengajar buat anak-anak seronok dan mudah faham,” komen @Hana_Kamaludin.

“Ini adalah keperluan asas pendidikan yang semua kanak-kanak berhak tahu,” @srahnst -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI