fbpx
Azhan (kanan) selepas sesi mesyuarat sempena Pengumuman Keputusan STPM 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Bilik Mesyuarat Asy-Syura, SK Padang Garong 1, Kota Bharu hari ini.

Kelantan lahir pelajar terbaik STPM 2025 peringkat kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kelantan meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 apabila meraih Pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.06 sekali gus mengatasi pencapaian nasional PNGK 2.88.

Lebih membanggakan, negeri ini turut melahirkan pelajar terbaik STPM peringkat kebangsaan selain tiga sekolah dinobatkan sebagai Pusat Tingkatan Enam Terbaik Kebangsaan 2025, sekali gus mengukuhkan status Kelantan sebagai antara kuasa pendidikan negara.

Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan (Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah), Azhan Anuar berkata, PNGK 3.06 yang dicatatkan itu meningkat 0.06 mata berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, kecemerlangan Kelantan turut terserlah apabila Siti Maisarah Yahya Lotfi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Biji Wangsa, Tumpat diumumkan sebagai pelajar terbaik STPM 2025 peringkat kebangsaan dan menerima anugerah khas daripada Majlis Peperiksaan Malaysia di Selangor hari ini.

“SMK Tengku Panglima Raja, SMK Sultan Ibrahim (1) di Pasir Mas dan SMK Pengkalan Chepa (1) dinobatkan sebagai pusat Tingkatan Enam Terbaik Kebangsaan STPM 2025,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan STPM 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Bilik Mesyuarat Asy-Syura, Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Garong 1 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN