fbpx

Objek misteri ditemui tergantung pada pokok di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU objek misteri yang mengerikan ditemui tergantung pada sebatang pokok di Britain. – Facebook/ Emily JC

LONDON – Penduduk bandar Stourbridge di England digemparkan dengan penemuan sebuah objek misteri yang tergantung pada sebatang pokok, lapor akhbar The Sun.

Pejalan kaki di kawasan itu dinasihatkan untuk berhati-hati dengan objek bersaiz 25.4 sentimeter (sm) dan berwarna kelabu itu kerana dikhuatiri merupakan seekor kelawar gergasi atau sarang yang tergantung pada dahan.

Namun, beberapa individu mendakwa bahawa objek tersebut adalah pod buah belalang madu iaitu sejenis tumbuhan yang berasal dari China dan bukannya Britain.

Penduduk tempatan turut menyangka ia seekor kucing yang terperangkap di dalam guni.

Penduduk bernama Emily JC menemui objek berkenaan pada sebatang pokok di belakang rumahnya dan memuat naik imej tersebut di laman Facebook.

“Anda ada idea apakah ini? Ia tergantung pada sebatang pokok di laman belakang rumah,’’ tulis Emily.

Akhbar The Sun kemudian menghubungi Persatuan Diraja untuk Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) dan mereka mencadangkan bahawa haiwan itu mungkin seekor kelawar, tupai atau pakaian ketat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI