fbpx

Peniaga pasar malam ditahan miliki mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada kotak berisi mercun yang dirampas daripada seorang peniaga pasar malam di Parit semalam.

PARIT – Hasrat seorang peniaga pasar malam mendapat untung besar dengan menjual mercun tidak kesampaian selepas kediamannya di Parit diserbu polis semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis di luar kediamannya kira-kira pukul 11.50 malam.

Menurut beliau, pemeriksaan di dapur rumahnya menemui empat guni plastik mengandungi mercun bola serta lapan buah kotak berisi pelbagai jenis mercun.

“Pemeriksaan lanjut di ruang tamu rumah turut menjumpai 13 buah kotak berwarna coklat di dalamnya berisi pelbagai jenis mercun.

“Lelaki itu bagaimana pun gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan barang berkenaan apabila diminta,” katanya kepada pemberita di sini.

Berdasarkan siasatan awal, dia membeli mercun berkenaan daripada seorang lelaki di Ipoh antara akhir Mac lalu hingga seminggu sebelum dia ditahan.

“Dalam tempoh sebulan dia telah membuat lebih lima pembelian mercun dengan anggaran setiap pembelian adalah RM8,000,” katanya.

Tambahnya, kesemua mercun yang dianggarkan bernilai RM33,000 dirampas dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1987. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI