fbpx

Lapan ketua jabatan IPK Perlis bertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad menyaksikan serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perlis daripada Rosmizaan kepada Saifudin Aslin (kanan) di IPK Perlis, Kangar hari ini.

KANGAR – Lapan ketua jabatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis bertukar jawatan dalam rombakan yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Mereka yang terlibat ialah Pemangku Asisten Komisioner (ACP) Wari Kiew yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri menggantikan Pemangku Superintendan Sarih Salleh.

Selain itu, Superintendan Mohd. Hasazli Yaakub memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mengantikan Pemangku Deputi Superintendan (DSP) Wiswannadan Ayokandoo.

Bagi jawatan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik pula diserahkan kepada Superintendan Saifudin Aslin Abbas mengantikan DSP Rosmizaan Abdul Wahab.

Pemangku ACP Azizan Tukiman@ A. Rahman dan ACP Mohd Rosli Yusoff Alfakree masing-masing dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan dan Ketua Cawangan Khas menggantikan Superintendan Megat Ayop Megat Arifin dan Superintendan Md. Sairol Siron.

Megat Ayop dilantik sebagai Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi yang sebelum ini dipegang oleh DSP Hamdan Edwin@Kamarudin.

Dalam pada itu, jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang sebelumnya disandang oleh ASP Tungku Nooraziela Tungku Mohzar diserahkan kepada Pemangku Superintendan Wan Aedil Wan Abdullah.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam pula diserahkan kepada DSP Mohd Anuar Junoh mengantikan ASP Hamid Ainguan.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad mengucapkan terima kasih kepada bekas ketua-ketua jabatan dalam memastikan kontinjen tersebut cemerlang dalam setiap penugasan yang dilakukan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI