Kenderaan yang memaparkan logo menyerupai lambang rasmi PDRM dalam video tular di media sosial.

[VIDEO] Logo pada kenderaan bukan milik PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan logo yang dipaparkan pada sebuah kenderaan persendirian menerusi video tular di media sosial bukan logo rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya mengesan satu hantaran tular di Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan menggunakan logo yang dilihat menyerupai lambang rasmi PDRM.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati logo berkenaan hanyalah reka bentuk yang mempunyai persamaan dari segi visual dan merupakan logo rasmi milik sebuah pertubuhan kebajikan, Nursiqah, yang berdaftar secara sah.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan sama ada penggunaan logo tersebut pada kenderaan berkenaan mematuhi undang-undang sedia ada atau bertujuan untuk mengelirukan orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PDRM memandang serius sebarang tindakan meniru, mengubah suai atau menggunakan sebarang lambang yang menyerupai identiti pasukan keselamatan tanpa kebenaran.

Katanya, perbuatan itu boleh menimbulkan salah faham selain menjejaskan imej dan integriti kepimpinan PDRM.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi liar di media sosial yang boleh menjejaskan siasatan polis.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, Pusat Kawalan Daerah IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN