Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM turut dalam bagi operasi SAR tiga mangsa yang masih hilang di Sungai Pertak, Kampung Pertak Kuala Kubu Baru hari ini. Foto M. FIRDAUS M. JOHARI

Lima dron kesan 3 lagi mangsa ‘kepala air’ masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Lima unit dron milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) diatur gerak dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lelaki warga asing yang hilang susulan kejadian kepala air berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak di sini.

Penolong Penguasa Bomba (Unit Bahagian Udara) JBPM Muhammad Alif Abdul Ghani berkata penggunaan dron dimulakan pada 2 petang semalam dan diteruskan hari ini dengan tinjauan kawasan permukaan bermula pukul 8 pagi hingga 7 malam ini.

Beliau berkata, setiap dron yang mampu beroperasi selama kira-kira 45 minit bagi satu sesi penerbangan, dapat membantu pencarian di kawasan terlindung dan memberikan gambaran lebih jelas terhadap permukaan kawasan yang diperiksa.

“Penggunaan bot dan anggota secara fizikal agak terhad berikutan terdapat kawasan yang tidak dapat diakses, jadi penggunaan dron dapat membantu mempercepatkan pencarian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, SAR melibatkan empat sektor pencarian bermula lokasi mangsa dilaporkan hanyut akibat arus deras hingga ke Jambatan Pertak dan Empangan Sungai Selangor.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, usaha mencari baki tiga mangsa masih belum membuahkan hasil setakat 12 tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang Isnin lepas, lapan individu masing-masing seorang warga tempatan, Yaman, Sri Lanka, Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.

Semalam, lima mangsa ditemukan lemas terdiri daripada warga tempatan V. Vijayan, 36, warga Nepal yang dikenali sebagai Kapali, 49, dan B. Kunjanmalayil, 35, warga India manakala dua lagi mangsa yang belum dikenal pasti identitinya ialah lelaki warga India dan Sri Lanka. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN