Ahmad Zahid.

Protes tahanan rumah Najib boleh dianggap dehaka kepada Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebarang tindakan memprotes keputusan pengampunan bersyarat berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dianggap sebagai mencabar kuasa Perlembagaan Yang di-Pertuan Agong.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan pengampunan bersyarat yang diberikan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan merupakan hak Perlembagaan Seri Paduka Baginda yang wajib dihormati semua pihak.

Menurut beliau, UMNO merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas ketegasan titah berhubung pengampunan bersyarat yang membawa kepada pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.

“UMNO berpendirian sebarang perbuatan yang memperlihatkan unsur-unsur protes termasuk menjadikan keputusan pengampunan bersyarat yang dititahkan sebagai alasan sesuatu tindakan diambil.

“Ia boleh membawa maksud kepada mencabar dan menderhaka terhadap kuasa Perlembagaan Tuanku,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Zahid berkata, UMNO akan terus teguh mempertahankan kemuliaan dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong serta Institusi Raja-Raja Melayu.

Tambah beliau, Malaysia merupakan sebuah negara hukum dan menjadi tanggungjawab semua rakyat untuk mempertahankan proses perundangan yang tertakluk dalam kerangka Perlembagaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN