fbpx

51 kesalahan dalam Ops Pantau di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zikril ( dua kiri) dan Mohd. Zawawi (baju merah) ketika melakukan pemeriksaan bazar Ramadan di stadium Shah Alam, hari ini

SHAH ALAM – Sebanyak 51 kes kesalahan dikesan menerusi Ops Pantau dijalankan terhadap 5,705 premis perniagaan di Selangor.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, kesalahan itu masing-masing melibatkan harga dengan 29 kes diikuti timbang sukat (14), bekalan (7) dan 1 kes halal) sepanjang 3 April sehingga Jumaat lalu.

“Kes yang dihasilkan melibatkan sejumlah nilai rampasan RM811,717.70 dengan nilai kompaun RM18,100.

“Sepanjang pelaksanaan Ops Pantau, sejumlah tujuh buah premis telah menerima amaran supaya mematuhi keperluan di bawah Ops tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengguna Negeri Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni melakukan pemeriksaan Bazar Ramadan di Stadium Shah Alam.

Muhamad Zikril berkata, operasi Op Rantau kali adalah menyasarkan premis jualan di Bazar Ramadan yang menjual makanan seperti juadah berbuka puasa, kuih muih dan makanan sedia
masak.

Jelasnya, perhatian diberikan terhadap pematuhan penandaan harga oleh penjual bazar bagi memastikan pengguna yang mengunjungi bazar Ramadan mendapat maklumat harga yang jelas dan dapat membuat penilaian serta keputusan pembelian. -KOSMO!ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI