fbpx

Cuaca buruk di lapan negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat bagi lapan negeri petang ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, keadaan cuaca buruk tersebut dijangka berlaku sehingga lewat petang nanti.

“Ia dijangka di negeri Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik manakala di Perak melibatkan Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, turut terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron dan Temerloh di Pahang dan seluruh kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Sementara itu, amaran yang sama turut dikeluarkan di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau manakala di Johor hujan lebat tertumpu di Kota Tinggi.

“Di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Sibu (Selangau), Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu),” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI