fbpx

Perubahan iklim bawa lebih banyak hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JALAN utama dilanda banjir ekoran hujan daripada Taufan Sally di Pensacola, Florida pada 16 September 2020. - City of Pensacola/Facebook

WASHINGTON – Satu kajian yang diterbitkan kelmarin mendedahkan bahawa fenomena perubahan iklim telah menyebabkan ribut tropika dan taufan membawa lebih banyak hujan pada tahun 2020 berbanding ketika era pra industri, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Kajian tersebut diterbitkan oleh pasukan penyelidik menerusi jurnal Nature

Penyelidik menggunakan hindcast attribution atau ramalan masa lalu dalam mengukur hujan yang dikaitkan dengan ribut ketika musim taufan Atlantik 2020. Musim tersebut berlaku pada 1 Jun hingga 30 November setiap tahun dengan 30 ribut dinamakan dan 14 daripadanya adalah taufan.

Musim taufan rekod baharu itu telah menyebabkan kerosakan berjumlah kira-kira AS$40 bilion (RM169.1 bilion) di seluruh dunia.

“Taufan adalah fenomena yang dahsyat. Justeru, ribut yang menurunkan hujan yang lebih kerap pada setiap jam adalah lebih berbahaya kerana berpotensi menyebabkan banjir, ribut dan kemusnahan.

“Penemuan kami menunjukkan bahawa perubahan alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti manusia menyebabkan hujan turun lebih banyak dan pantas mencetuskan akibat langsung untuk komuniti pantai dan di kawasan terpencil,” kata pengarang utama kajian, Kevin Reed.

Dengan mengkaji kadar penurunan hujan selama tempoh tiga jam dalam tiga hari semasa ribut, pasukan penyelidik mendapati bahawa ribut tropika meningkat sebanyak 10 dan lima peratus berbanding ribut sebelum 1850. 

Pasukan itu turut berkata bahawa aktiviti manusia termasuk pertumbuhan perindustrian telah meningkatkan pengeluaran gas rumah hijau di atmosfera yang membawa kepada kenaikan lebih 1 darjah Celsius dalam suhu permukaan global pada 2020 berbanding 1850. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI