fbpx

Bella diberi makan cili, dipaksa makan nasi bercampur cuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella (kiri) dan kesan kecederaan yang dialaminya disyaki didera.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa kanak-kanak Sindrom Down, Bella diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Saksi pendakwaan kelima yang juga bekas penghuni rumah kebajikan tersebut, Yasmin Nahar Mahmood,19, berkata Bella juga dimarah dan diugut diberi air panas jika tidak mendengar cakap, selain ditendang di perut.

Saksi itu berkata, beliau dan seorang lagi penghuni rumah terbabit dikenali sebagai Aida mengira jumlah cili padi berkenaan.

Ketika menjawab soalan balas peguam Siti Bainun, Farhan Maaruf saksi itu bersetuju bahawa cili padi itu diberi kepada Bella beberapa kali seminggu.

Namun peguam itu mempersoalkan adakah mangsa tidak mengalami sakit perut akibat memakan 80 cili jika diikutkan perkiraan mangsa diberi makan empat kali seminggu.

“Semalam kata Bella didera setiap hari selama empat bulan jadi kalau kita kira lebih kurang 1,280 biji cili dan disumbat kepada Bella (dalam tempoh empat bulan) takkan mulut Bella tak melelas atau melecet,” kata peguam itu.

Dalam prosiding sama, saksi itu turut memaklumkam kepada mahkamah Bella telah dipaksa makan seperiuk nasi bercampur cuka, cili, kunyit, kepingan cili, kicap manis, kicap masin dan garam.

Tidak cukup dengan itu, Bella juga pernah dipaksa makan lima ketul paha ayam yang sudah rosak.

Kejadian makan ayam goreng rosak itu juga berlaku pada bulan Ramadan namun tidak dinyatakan secara spesifik tarikh kejadian tersebut.

Saksi itu turut mengatakan Siti Bainun pernah menyepak dan menendang perut Bella kerana tidak mendengar cakapnya.

“Bila Bella tak dengar cakap dan tidak habiskan cili, Siti Bainun akan ugut hendak simbah air panas pada Bella. Siti Bainun akan arahkan saya dan Aida untuk pegang Bella dan paksanya melutut. Masa itu Siti Bainun sepak dan tendang perut Bella,” kata Yasmin.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI