fbpx
Hannah Delisha mendedahkan dimaklumkan tentang keguguran ketika usia kandungan memasuki minggu ke-12 selepas degupan jantung bayi terhenti secara tiba-tiba.

‘Minggu ke-12, saya dapat tahu jantung bayi dah tiada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berkongsi detik duka dalam hidup, pelakon Hannah Delisha mendedahkan dimaklumkan tentang keguguran ketika usia kandungan memasuki minggu ke-12 selepas degupan jantung bayi terhenti secara tiba-tiba.

Peristiwa tersebut turut memaksa pemilik nama lengkap Hannah Adlina Blackburne Birch, 29, dimasukkan ke hospital bagi menjalani prosedur mencuci rahim atau Dilatation and Curettage (DNC).

“Saya dapat tahu saya sedang hamil apabila usia kandungan memasuki lapan minggu. Tetapi minggu ke-12, saya keguguran.

“Minggu ke-12 juga saya dapat tahu jantung bayi sudah tiada. Pertama kali juga saya masuk hospital lama dan melalui pembedahan DNC.

“Momen dalam hospital sangat ‘down’ sebab siapa nak masuk hospital dan itu adalah peristiwa yang sangat mengejutkan,” katanya dalam sebuah audio siar.

Berkongsi lanjut, pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu berasa sangat teruja berkunjung ke klinik pada ketika itu bagi mendengar degupan jantung anak mereka buat kali pertama.

“Saya dapat tahu yang jantung bayi sudah tiada ketika pertama kali mahu mendengar jantung bayi kerana minggu ke-12 biasanya sudah boleh dengar.

“Itu kali kedua berjumpa dengan doktor dan saya sangat teruja pada awalnya mahu dengar degupan jantung bayi,” ujarnya.

Bagaimanapun, suasana ceria bertukar hiba apabila riak wajah doktor yang memeriksa kandungannya tiba-tiba berubah sebelum memanggil jururawat lain demi mendapatkan kepastian.

“Ketika kejadian itu, doktor yang memeriksa saya muka dia tiba-tiba berubah.

“Doktor itu kemudian memanggil seorang jururawat untuk mengesahkan perkara tersebut.

“Dia cakap ‘Hannah, Imam, kami minta maaf, jantung bayi sudah terhenti’,” kongsinya.

Pada masa sama, Hannah memaklumkan kehilangan tersebut turut memberi tamparan yang hebat buat suaminya, Imam Shah walaupun lelaki itu cuba menyembunyikan kesedihannya.

“Imam sangat ‘down’ ketika itu. Saya nampak dia terpaksa jadi kuat dan itu satu benda buat saya lagi sayang Imam.

“Dia nampak sangat sedih cuma tak tunjuk. Dia pun minta maaf juga tapi saya cakap tidak perlu benda dah jadi,” tuturnya.

Sebelum ini, Hannah mengalami keguguran dan berharap agar bertemu dengan anaknya di syurga kelak.

Untuk info, Hannah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam atau Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib, 37, pada 18 Februari 2021. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN