fbpx

Kanak-kanak lelaki terperangkap dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membuka pintu kereta yang berkunci dari dalam di sebuah stesen minyak di Behrang, Tanjung Malim.-IHSAN JBPM PERAK

TANJUNG MALIM – Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap hampir 15 minit di dalam kereta pacuan empat roda yang berkunci di sebuah stesen minyak di Behrang di sini hari ini.

Kejadian berlaku selepas kanak-kanak berusia satu tahun tujuh bulan itu menekan sendiri kunci pintu kereta jenis Ford Ranger ketika bapanya berada di luar untuk mengisi minyak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd. Zairul Fahmi Mohd. Nazari berkata, sepasukan lapan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 8.44 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang kanak-kanak berada di dalam kereta dan sedang menangis dipercayai kerana takut.

“Anggota mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membuka pintu di bahagian pemandu dengan menggunakan peralatan khas.

“Sepanjang proses itu, kanak-kanak terbabit menangis namun tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa telah diserahkan kepada bapanya dan operasi ditamatkan pada pukul 9.11 pagi,” ujarnya.
– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI