fbpx

Werner galas tugas besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER (kanan) bakal diberikan peluang untuk mengetuai jentera serangan Chelsea berdepan Real di Santiago Bernebeu awal pagi esok. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengakui kemungkinan besar Timo Werner akan diletakkan dalam kese­belasan utama dan menjadi ‘senjata rahsia’ untuk aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu awal pagi esok.

Sebagai rekod, Chelsea selaku juara bertahan telah dikejutkan dengan kekalahan 1-3 kepada Real pada aksi pertama di Stamford Bridge minggu lalu dengan penyerang utama pasukan lawan, Karim Benzema meledakkan jaringan hatrik.

Kata Tuchel, pasukannya sudah tentu terdesak untuk mendapatkan gol dan rombakan dalam kesebelasan utama mungkin dibuat selepas me­nyaksikan The Blues unggul menewaskan Southampton 6-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lepas.

“Kami jangkakan perlawanan yang sukar kerana kelebihan kini memihak kepada Real selepas kita dibolosi tiga gol yang sepatutnya boleh dielakkan pada aksi pertama yang lepas dan sudah tentu pemain terdesak untuk memperbaiki kesilapan tersebut.

“Kini, cabaran sudah tentu terarah buat mereka agar dapat membuktikan kenapa mereka bergelar juara musim lalu dengan memberikan prestasi kompetitif memandangkan apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit baki perlawanan.

“Saya kekal bersikap realistik dan mungkin akan ada perubahan dalam kesebelasan utama kerana kita terdesak untuk melakukan jaringan dan apa yang dilakukan oleh Werner pada perlawanan menentang Southampton cukup menarik.

“Secara jujur, Werner telah dikritik hebat sebelum ini tetapi adalah sesuatu yang normal buat mana-mana pemain untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan di England tetapi saya lihat untuk saingan di Eropah, mungkin dia boleh menyumbangkan sesuatu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI