fbpx

Kanak-kanak ADHD maut jatuh dari tingkat 11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUBANG JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11, Pangsapuri Intan, Taman Puchong Intan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, kanak-kanak berkenaan ditemui dalam keadaan telentang di atas bumbung tempat letak kenderaan.

“Mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia 6 tahun 6 bulan yang dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 dan ketika kejadian, ibu mangsa sedang berada di rumah dan bekerja secara dalam talian manakala bapanya berada di kuil.

“Menurut ibu mangsa, anaknya itu sedang bermain permainan video bersama tiga adik-beradik yang lain sebelum menyedari ketiadaan mangsa di dalam rumah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kanak-kanak berkenaan juga merupakan penghidap penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau gejala hiperaktif.

“Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang munasabah.

“Setakat ini, tidak wujud unsur jenayah dalam kejadian ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI