fbpx

Guru rugi lebih RM200,000 terpedaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Bimbang namanya mempunyai kes jenayah membabitkan pengubahan wang haram, seorang guru di Kuala Pilah terjerat dengan sindiket Macau Scam serta mengikut pelbagai arahan termasuk membuat pinjaman sehingga simpanannya di bank hanya berbaki RM78 sahaja.

Lebih malang lagi, mangsa iaitu wanita berusia 43 tahun membuat pinjaman sebanyak RM200,000 dari dua buah bank seperti diarahkan ahli sindiket, manakala sebanyak RM 65,225.50 merupakan duit simpanan mangsa yang lesap gara-gara Macau Scam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd. Ghani, pada Jun tahun lalu, mangsa menerima panggilan daripada insurans takaful Ampangan Jaya mengenai pengesahan tuntutan yang dilakukan dengan insurans.

“Mangsa menafikan berurusan dengan insurans tersebut dan tidak pernah buat apa-apa tuntutan. Pihak insurans memaklumkan mereka akan membuat laporan polis berkaitan hal berkenaan dan mangsa hanya berdiam diri.

“Namun, pada hari yang sama, mangsa menerima panggilan dari Sarjan Razlan daripada Balai Polis Ampangan Jaya dan memaklumkan maklumat peribadi milik mangsa iaitu nama dan nombor kad pengenalan terlibat dengan kes pengubahan wang haram dibawah Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah.

“Malah, mangsa ditakut-takutkan terdapat 13 akaun bank yang dibuka dan terlibat dengan kes pengubahan wang haram itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Aibee lagi, keesokkan harinya, mangsa menerima panggilan daripada Inspektor Wati dan dimaklumkan perlu membuat pindahan duit ke akaun bank milik sendiri bagi dijadikan dana bayaran untuk selesaikan kes yang pengadu terlibat ini.

Menurutnya, mangsa diminta untuk memberikan akaun bank yang jarang digunakan untuk dijadikan tempat kumpul dana bayaran ini.

“Selama hampir lima bulan iaitu sepanjang jun hingga awal Oktober, mangsa berhubung dengan mereka kerana mangsa diarahkan untuk lapor diri melalui whatsApp.

“Selepas itu, hampir lima bulan lagi iaitu bermula 29 Oktober tahun lalu sehingga 26 Mac, mangsa telah melakukan sembilan transaksi pindahan atau memasukkan tunai ke akaun Bank Rakyat miliknya sendiri berjumlah RM265,225.50.

Menurutnya, sebanyak RM200,000 diperolehi dari pinjaman yang dibuat oleh pengadu sendiri melalui dua buah bank sebagaimana diarahkan oleh ahli sindiket.

“Pada 8 April lalu, semasa mangsa membuat semakan akaun Bank Rakyat didapati baki hanya tinggal RM78.00.

“Mangsa telah membuat semakan lanjut di Bank Rakyat Kuala Pilah pada 11 April lalu dan mendapati wangnya telah dipindahkan ke akaun yang tidak dikenalinya.

Menurutnya, susulan kejadian berkenaan, mangsa yang tidak pernah mendaftar perbankan online bagi bank berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Pilah semalam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan dan orang ramai diminta untuk berhati-hati serta tidak mudah percaya dengan individu yang menghubungi mereka mendakwa mewakili pasukan polis atau sebagainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI