fbpx

Denda RM7.7 juta jika tanam pokok guarana dari Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARANA banyak terdapat di Lembah Amazon dan sering diproses untuk dijadikan minuman kopi. - Foto MEDIA SOSIAL

PUTRAJAYA – Mana-mana jabatan atau agensi kerajaan selain syarikat atau individu dilarang keras menanam pokok guarana dari Brazil sama ada dibiakkan sendiri atau dikomersialkan.

Amaran keras itu dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian kerana pengeksportan buah tersebut hanya dibenarkan bagi tujuan pemprosesan produk dan makanan manusia sahaja.

“Jika disabitkan kesalahan kerana membiak daripada biji benih yang dibawa masuk secara tidak sah, pelaku boleh dikenakan tindakan amaran,” kata kenyataan jabatan itu di sini hari ini.

Tanaman terbabit ujarnya, boleh disita manakala pelakunya dihukum penalti sehingga 10 juta real (kira-kira RM7.7 juta) kerana larangan itu termaktub di bawah undang-undang Brazil.

Agensi itu berkata, ia telah dimaklumkan oleh Kementerian Bekalan Makanan dan Ternakan Pertanian Brazil menerusi surat bertarikh 8 Januari 2020 lalu mengenai isu pengharaman ini.

Guarana atau nama saintifiknya, Paullinia cupana, merupakan tumbuhan asli yang boleh didapati Lembah Amazon, Brazil dengan kelaziman bijinya diproses menjadi minuman kopi.

Mengulas lanjut, Jabatan Pertanian berkata, pengimportan tumbuhan dari negara berisiko tinggi Amerika Latin yang terdapat kulat jenis Microcyclus ulei adalah dilarang keras.

“Ia berdasarkan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 merujuk perihal tumbuhan endemik penyakit South American Leaf Blight (SALB),” katanya.

Kemasukan tumbuhan tersebut yang merupakan pokok herba semula jadi di Amazon adalah berisiko kepada tanaman berbunga daripada baka Hevea kecuali bagi tujuan penyelidikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI