BUNYI gemercik air terjun yang mengalir dari celahan batu di tengah hutan mewujudkan suasana damai dan menenangkan. Nuansa alam semula jadi itu menjadikan pengalaman makan malam di Kopi Village 24, Taman Desa Melawati, Kuala Lumpur berbeza dengan kedai lain. Bukan sahaja golongan Gen Z yang mencintai atmosfera seperti ini, bahkah mereka berkeluarga turut tidak melepaskan peluang untuk merasai keindahan alam di kafe berkonsepkan santai ala perkhemahan itu. Siapa sangka di celahan hutan batu di ibu kota, tersembunyi sebuah kafe yang……














