fbpx

Arab Saudi tawar bantuan RM12.6 bilion, alu-alukan peralihan kuasa di Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERA Mahkota Arab Saudi, Raja Mohammad Salman berjabat tangan dengan ahli majlis kepimpinan baharu Yaman, Rashad al-Alimi di Riyadh kelmarin. - AFP

RIYADH – Arab Saudi kelmarin menyambut baik pengumuman Presiden Yemen, Abdul Rabbu Mansour Hadi mengenai penubuhan Majlis Pimpinan Presiden bagi menjalankan tugas presiden semasa tempoh peralihan kuasa, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Hadi dilaporkan menyerahkan semua kuasa Presiden kepada majlis itu mengikut perlembagaan dan mekanisme eksekutif inisiatif Majlis Kerjasama Teluk (GCC). 

Arab Saudi mengulangi sokongan penuhnya kepada Majlis Pimpinan Presiden dalam menjalankan tugas serta melaksanakan dasar dan inisiatif berkesan yang akan merealisasikan keselamatan dan kestabilan di Yemen selain menamatkan krisis negara itu.

Arab Saudi juga dilaporkan menawarkan bantuan segera dengan nilai keseluruhan AS$3 bilion (RM12.6 bilion) untuk meningkatkan ekonomi Yemen.

Bantuan segera itu termasuk AS$2 bilion (RM8.4 bilion) yang ditawarkan bersama oleh Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sebagai sokongan kepada Bank Pusat Yemen.

Selain itu, Riyadh akan menyediakan AS$1 bilion (RM4.2 bilion) dengan AS$600 juta (RM2.53 juta) untuk membeli derivatif minyak dan AS$400 juta (RM1.69 juta) untuk menyokong projek serta inisiatif pembangunan.

Arab Saudi juga menawarkan AS$300 juta (RM1.27 juta) untuk membiayai pelan tindak balas kemanusiaan yang diumumkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2022 untuk meringankan penderitaan rakyat Yaman dan memperbaiki keadaan hidup mereka.

Kerajaan itu seterusnya menggesa persidangan antarabangsa untuk mengumpulkan sumber kewangan yang diperlukan untuk menyokong ekonomi Yemen dan Bank Pusat Yemen serta menyediakan derivatif minyak.

Arab Saudi turut menggesa Majlis Pimpinan Presiden untuk memulakan rundingan dengan wakil pemberontak Houthi di bawah naungan PBB untuk mencapai penyelesaian politik yang muktamad dan komprehensif. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI