fbpx

Empat remaja kejut sahur disimbah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan situasi empat remaja berada di sebatang lorong untuk mengejut penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan situasi empat pemuda yang disimbah air ketika meronda di sekitar kawasan perumahan untuk mengejutkan penduduk bangun bersahur, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dirakam oleh salah seorang penduduk di kawasan perumahan itu dimuat naik pada akaun Instagram bernama @indoviral8.

Menerusi video berkenaan, kelihatan empat remaja lelaki sedang memukul gendang yang diletakkan di sebatang lorong jalan.

Mereka meletakkan gendang yang besar itu betul-betul di hadapan pintu sebuah rumah lalu memukulnya dengan kuat.

Tidak lama kemudian, penghuni rumah tersebut membuka pintu rumahnya lalu menyimbah air ke arah empat remaja lelaki terbabit.

Pemilik rumah itu kelihatan mengeluarkan kata-kata yang memarahi tindakan empat remaja terbabit sebelum mereka beredar dari lokasi tersebut.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Salah cara kejut sahur. Cukup sekadar keliling kawasan, tidak perlu berada di satu tempat,” tulis seorang netizen.

“Sebenarnya boleh sahaja keluar rumah dan cakap, tidak perlu menyimbah air,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI