fbpx

Varian XE muncul di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita menjalani ujian saringan Covid-19 di Bangunan Kerajaan Thailand, Bangkok, 24 Februari lalu. – AFP

BANGKOK – Thailand merekodkan kes pertama varian baharu Omicron yang dinamakan  XE, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

XE merupakan hibrid bagi varian Omicron BA.1 dan BA.2.

Sabtu lalu, Pusat Perubatan Genomik Hospital Ramathibodi mengesahkan kes pertama varian XE.

Selasa lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan mengenai varian XE dan memberi amaran varian itu berkemungkinan lebih mudah berjangkit daripada Omicron asal, meskipun tahap jangkitannya masih dalam kajian.

Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) juga memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau tiga mutasi gabungan Omicron  iaitu XD, XE dan XF. Setakat minggu lepas, hanya varian XE dikesan di Britain dengan 637 kes yang disahkan.

Setakat ini, terdapat enam mutasi gabungan Omicron bagi BA.1 dan BA.2 iaitu XE, XG, XH, XJ, XK dan XL yang masih dikaji di seluruh dunia.

UKHSA berkata, XE adalah 9.8 peratus lebih mudah berjangkit berbanding mana-mana varian Omicron terdahulu dan 43 peratus lebih mudah berjangkit berbanding varian Omicron asal (B.1.1.529).

“Setakat ini, kami tidak mempunyai bukti cukup untuk membuat kesimpulan mengenai kebolehjangkitan, tahap keseriusan atau keberkesanan vaksin terhadap varian XE.

“Mutasi gabungan XE adalah bukan varian Deltacron yang dilaporkan beberapa bulan lepas. Deltacron merupakan gabungan varian Delta dan Omicron. Ia tidak merebak terlalu cepat dan menyebabkan gejala teruk,” kata UKHSA.

Jabatan Kesihatan Awam Thailand kelmarin mengumumkan sebanyak 26,840 kes baharu Covid-19 di negara itu selain 97 kematian. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI