fbpx

Mahkamah benar pendakwaan fail hujahan tambahan dalam kes rasuah Rosmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah Mansor

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memfailkan hujahan tambahan dalam kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn selepas prosiding kes tersebut yang berlangsung di dalam kamar Hakim Mohamed Zaini Mazlan hari ini, yang turut dihadiri peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, mewakili Rosmah.

Menurut beliau, pihak pendakwaan perlu memfailkan hujahan tambahan pada 22 April dan 12 Mei untuk pembelaan menjawab hujahan itu.

“12 Mei juga ditetapkan untuk sebutan kes,” katanya.

Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk mendengar hujahan lisan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Pada 23 Februari lalu, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil dua saksi, Rosmah dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod.

Sementara pada18 Februari tahun lepas, Rosmah diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI