fbpx

Pertahanan hambar punca Chelsea rebah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUDIGER berjaya meledak satu gol buat Chelsea tetapi masih gagal membantu pasukan itu apabila tewas teruk 1-4 kepada Brentford di Stamford Bridge malam kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel menegaskan, skuad kendaliannya gagal untuk bermain seperti biasa ketika di­belasah 1-4 oleh Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge malam kelmarin.

The Blues mendahului pada minit ke-48 menerusi Antonio Rudiger sebelum mereka dikejutkan dengan kebangkitan Brentford yang meledak empat gol menerusi dua jaringan Vitaly Janelt serta satu daripada Christian Eriksen dan Yoane Wissa.

Tuchel menganggap barisan pemainnya leka untuk bertahan sebaik menjaringkan gol pendahuluan sehingga membolehkan pasukan pelawat membuat kejutan menerusi serangan balas pantas.

“Tidak ada sesiapa yang menjangkakan keputusan seperti ini terutamanya selepas kami mendahului perlawanan 1-0. Kami seperti tidak mahu bertahan selepas menjaringkan gol pertama dan itu bukanlah permainan sebenar Chelsea.

“Semua pemain tidak berwaspada dengan bahaya yang datang daripada serangan-serangan Brentford. Pertahanan hambar menyebabkan kami dihukum dengan kekalahan ini,” kata bekas pengendali Borussia Dortmund itu.

Bagaimanapun, Tuchel menjelaskan, aksi kurang bermaya seperti itu memang dijangka memandangkan sebahagian besar pemain Chelsea baru sahaja pulang daripada tugasan antarabangsa bersama negara masing-masing.

“Aksi di bawah paras sebenar seperti ini sebenarnya perkara biasa kerana ramai pemain yang baru pulang daripada tugasan antarabangsa dan memerlukan masa untuk mendapatkan ren­tak sebenar,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI