fbpx

Zuko Men’s Girdle jangka catat jualan RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hartini (kiri) pada majlis pelancaran produk bengkung lelaki di Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM –   Tisas Academy Sdn Bhd. pengeluar produk penjagaan kesihatan dan kecantikan berjenama Razowa,  mengunjurkan perolehan jualan pada tahun ini sebanyak RM10 juta.

Pengasas syarikat, Hartini Halim berkata, peningkatan tersebut disumbangkan daripada produk terbaharunya berupa Zuko Men’s Girdle, bengkung khusus untuk lelaki yang mana ia bukan sahaja membantu mencantikkan tubuh badan tetapi juga meningkatkan tahap kesihatan golongan tersebut.

Menurut beliau, produk yang baharu dilancarkan itu diunjurkan merekodkan jualan antara RM500,000 hingga RM1 juta dalam tempoh sebulan.

“Bengkung ini juga  sesuai di pakai menjelang musim hari raya kelak agar mereka  tampil lebih yakin, hebat dan berfesyen,” katanya dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran produk baharu tersebut di sini baru-baru ini.

Hartini menerangkan, selain Zuko Men’s Girdle, syarikat juga menawarkan produk  Bengkung 3 Saat, Ele Girdle dan Saunami Firming Cream selain produk daripada segmen lain seperti produk minyak urutan aromaterapi, skrub, set rawatan penjagaan kuku kaki (pedicure).

Tambah beliau, bengkung tersebut telah menjalani kajian dan pembangunan selama dua tahun selain hasil daripada kaji selidik daripada kumpulan sasaran mengenai masalah perut buncit yang dialami oleh kaum Adam itu.

“Hasil kaji selidik mendapati ramai lelaki yang mengakui berdepan masalah perut buncit kerana gaya hidup serta pemakanan di negara kita, bagaimanapun ramai daripada mereka yang berdepan dengan masalah mencari bengkung yang bersesuaian.

“Kami hasilkan bengkung dengan menggunakan material yang bersesuaian  dengan iklim negara, materialnya juga sejuk dan selesa walau ketika bersukan,” ujarnya.

Hartini memberitahu, bersempena musim perayaan, syarikat telah menganjurkan kempen  Projek Duit Raya bersama Razowa tanpa mengeluarkan modal untuk para pengedar di seluruh negara.

Beliau menjelaskan, syarikat yang memiliki kira-kira 6,000 pengedar itu kini membuka peluang kepada usahawan baharu untuk menceburi bidang berkenaan tanpa memerlukan modal kerana pihaknya prihatin terhadap nasib usahawan kini yang terjejas dengan impak daripada pandemik Covid-19. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI