fbpx

Dituduh sapu minyak dagu pada Vida, Iqbal rasa lucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IQBAL dan Vida.

PETALING JAYA – Kisah sensasi hubungan antara dua usahawan selebriti, Datuk Seri Vida dan Iqbal Zulkefli kembali menjadi perhatian netizen selepas tular sebuah video perbualan mereka ketika bertemu pada program final Big Stage Ahad lalu.

Dalam video TikTok yang tular sejak semalam, Iqbal dilihat datang bertemu dan berbual dengan Vida yang duduk di kerusi juri sebagai Presiden Netizen.

Momen tular tersebut tiba-tiba menjadi bualan hangat gara-gara netizen mendakwa Iqbal dilihat seperti menyapu sesuatu didakwa minyak dagu pada Vida sebelum dia berlalu pergi.

Mengambil maklum tentang video tersebut, Iqbal, 27, menerusi InstaStory menjelaskan, dia berasa lucu dengan dakwaan tidak berasas yang dilemparkan netizen terhadapnya.

“Rasa nak marah, tapi kena sabar. Rasa lucu bila orang kata saya letak minyak dagu pada Vida. Saya pernah dengar (perbuatan syirik tersebut).

“Minyak kereta pun tak biasa isi sendiri. Mungkin orang bangga bila dapat ‘fyp’ (dalam TikTok) tapi bangga dengan cara fitnah orang.

KELIBAT Iqbal mendekati Vida sempat dirakam dan tular dalam media sosial.

“Keturunan saya tak ada main macam itu. Hidup tak berkat. Luculah, kadang-kadang orang percaya dengan benda macam ini,” katanya.

Kata Iqbal, malam Ahad lalu merupakan pertemuan pertama antara dia dengan Vida selepas lima bulan tidak bertemu atau berhubungan.

“Hanya itu sahaja waktu yang ada untuk tegur dia. Datang tanya khabar. Kami berbual baik walaupun agak janggal.

“Saya tunjuk cincin diberi oleh Vida, tanda bahawa saya bawa ke mana saja saya pergi. Saya mahu ambil gambar untuk simpan sendiri tetapi dia tak mahu,” katanya.

Ahad lalu, program final Big Stage menyaksikan Vida tampil membuat persembahan menerusi lagu baharunya berjudul Ku Ikhlaskan.

Terdahulu, kemelut antara kedua-dua usahawan itu mendapat perhatian meluas selepas mereka dilihat saling berbalah dalam media sosial selepas kisah tak jadi kahwin bersama Vida dikecam hebat.

Hubungan mereka menjadi tegang sejak perancangan untuk mendirikan rumah tangga mendapat tentangan anak-anak Vida, sehinggalah berlanjutan dengan perpisahan kononnya angkara sihir dan akhirnya membawa kepada perang media sosial tanpa penghujung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI