fbpx

Stereng Myvi ubah suai gaya F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemilik kereta Perodua Myvi bertindak menukar stereng kereta asalnya kepada gaya lebih 'sporty'.

PETALING JAYA – Sesetengah pengguna gemar mengubahsuai kenderaan dengan pelbagai aksesori sehingga sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata inginkan kelainan pada kenderaan mereka.

Ada yang bertindak menukar segala bentuk komponen asal yang sedia ada pada kenderaan kepada sesuatu yang lebih bergaya sehingga berani mengambil risiko melanggar peraturan serta mempertaruhkan nyawa ketika berada di jalan raya.

Baru-baru ini, tular video perkongsian portal DashCam Malaysia di laman Facebook, menunjukkan pengubahsuaian yang telah dilakukan pada sebuah kereta sehingga menjadi bualan hangat pengguna media sosial.

Rakaman berdurasi lebih satu minit itu memaparkan seorang pemilik kenderaan jenis Perodua Myvi yang telah menukar stereng kereta asalnya kepada gaya lebih ‘sporty’.

Stereng kereta dengan rekaan ‘terpotong’ yang kebiasaannya digunakan pada model kereta lumba seperti kereta Formula Satu (F1) menjadi persoalan dalam kalangan pengguna lain apabila tahap keselamatannya diragui.

“Masa bawa sambil santai boleh lah, kalau waktu kecemasan, kalau tak sempat paut pada stereng yang betul memang undang bahaya ini.

“Selalunya stereng macam ini kegunaan di litar sahaja, bukan atas jalan raya sebab digunakan untuk pusingan 90 darjah ke kiri dan kanan, untuk pusingan lebih dari itu tak sesuai atas faktor keselamatan,” kata seorang pengguna.

“Ini lah orang kata nak bergaya tapi tak guna otak, kalau berlaku kemalangan, apa pun tak guna, bahayakan nyawa, dah beli dalam bentuk yang selamat, gatal tangan nak ubah itu ini,” ujar Shafiq. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI