fbpx

Pioneers bukan sekadar lagu tema bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SNOOP DOGG dan Joe Flizzow berkolaborasi buat kali kedua menerusi lagu Pioneers yang dilancarkan baru-baru ini.

BUKAN calang-calang orang dapat berkolaborasi dengan legenda hip hop dunia, Snoop Dogg.

Bukan juga sekali tetapi peluncuran Pioneers yang diangkat sebagai lagu tema kelab bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) bermakna, sudah dua kali Joe Flizzow menjalin kerjasama dengan Snoop.

Kali pertama mereka berpadu suara bersama menerusi lagu Alright yang dimuatkan dalam album studio terbaharu Snoop berjudul Snoop Dogg Presents Algorithm (Global Edition).

Pioneers yang merupakan hasil ciptaan Joe, Snoop dan SonaOne bukan sekadar sebuah lagu bermusim untuk kelab bola sepak, lagu berkenaan juga terkandung mesej inspirasi dan aspirasi.

Inspirasi dalam lagu

Menerusi lirik antara yang berbunyi, vision without execution is just a hallucination at the most, Snoop seperti menyuntik semangat dalam jiwa sesiapa mendengar.

Segala yang diselitkan dalam lagu Pioneers termasuk komposisi muzik dan nukilan lirik, cocok sekali dengan judulnya yang kalau diterjemah dalam bahasa Melayu bermaksud perintis.

Benar, walaupun tidak semua pihak menyenangi JDT ada satu perkara yang perlu diakui, kelab bola sepak berkenaan sudah meletakkan satu tanda aras baharu dalam industri bola sepak tanah air.

Berbalik tentang kualiti lagu, secara peribadi, lagu berkenaan merupakan antem pilihan penulis tatkala memerlukan inspirasi untuk melakukan kerja-kerja keras, misalnya bersenam.

Lagu hip-hop memang lazimnya mencernakan kualiti yang disebutkan dan itu terhasil daripada karya edaran Universal Music tersebut.

Joe Flizzow satu tanda aras

Dalam pada itu, Joe sebagai antara rapper paling berjaya dalam sejarah hip-hop Malaysia juga membuktikan kepada dunia bahawa tidak salah berangan.

Namun, perkara itu perlu diseiringkan bersama usaha yang tidak berbelah bahagi.

Bayangkan dapat rakam lagu bersama Snoop Dogg dan lelaki itu pun sempat melakukan promosi dalam Instagram yang memiliki lebih 70 juta pengikut. Itu memang kelas tersendiri biarpun ramai yang memperlekehkan.

Itu kemanisan perjuangan darah dan air mata, syabas buat Joe, JDT dan Snoop atas kelahiran antem bola sepak berkelas antarabangsa tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI