fbpx

Tetamu hotel di Itali diberi pistol air halau burung ‘gengster’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Burung camar di Itali kini menjadi masalah kepada pelancong kerana terlalu agresif dan gemar menyerang sesiapa yang memegang makanan. - NY Times

VENICE, Itali – Rangkaian hotel di Venice, Itali memaklumkan bahawa setiap pelancong yang datang menginap di bandar itu akan dibekalkan dengan pistol air bagi menangani masalah burung camar yang terlampau agresif, lapor laman UPI, semalam.

Persatuan Hotel Venice (AVA) menyatakan, pistol air berwarna oren itu boleh digunakan untuk menghalau burung camar yang akan mengejar makanan dan apa sahaja yang ia lihat boleh dimakan.

“Penglibatan pistol air itu benar-benar berfungsi dan ia berwarna oren, sesuatu yang tidak disukai oleh burung tersebut,” kata Pengarah Hotel Gritti berhampiran Grand Canal, Paolo Lorenzoni.

Beliau berkata,  burung-burung itu sudah mula memahami untuk mengelak sesiapa yang memegang pistol air berkenaan.

“Sebaik sahaja burung melihat pistol itu di atas meja atau di tangan tetamu, haiwan itu akan terbang jauh.

“Anda tidak perlu menggunakannya, anda hanya perlu meletaknya di atas meja sahaja,” kata Lorenzoni.

AVA berkata,  pihaknya telah mempertimbangkan langkah selanjutnya untuk melindungi pelancong daripada burung camar, termasuk penggunaan peranti elektrostatik dan berasaskan bunyi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI