fbpx

Hubungan kami jadi lebih baik lepas cerai – Keith Foo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS tiga tahun berpisah, Keith dan bekas isterinya, Kim Raymond masih kekal bersahabat baik demi anak tersayang, Skylar Raymond Foo.

PETALING JAYA – Selalunya, perkahwinan yang hancur di tengah jalan akan membuatkan bekas pasangan suami isteri bermasam muka dan langsung terputus hubungan.

Akan tetapi, hal sebaliknya yang berlaku terhadap pelakon Keith Foo kerana dia mengakui, hubungannya dengan bekas isteri, Kim Raymond menjadi semakin baik selepas mereka berpisah.

Hubungan baik antara Keith dan Raymond mendapat perhatian ramai selepas dilihat meluangkan masa bercuti bersama-sama di Sabah pada 5 Mac lalu bersama anak mereka, Skylar Raymond Foo.

“Saya bersyukur sebenarnya sebab selepas berpisah, hubungan kami jadi jauh lebih baik berbanding ketika masih berkahwin. Sekarang hubungan kami sangat-sangat baik.

“Apa yang kami lakukan, semuanya demi anak. Pergi bercuti bersama, hantar anak ke sekolah. Kalau dia sibuk, saya akan jaga dan begitu juga sebaliknya. Bergilir-gilirlah,” ujarnya.

Pelakon itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem Autumn In Wales di ibu kota baru-baru ini.

Kata Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 39, buat masa ini dia lebih selesa hidup solo dan tidak terfikir untuk menjalin kembali hubungan bersama bekas isterinya apatah lagi mencari pengganti.

“Saya rasa tak kot. Sebab kami dah baik sebagai kawan, jadi kenapa nak rosakkan hubungan ini dengan mencuba kali kedua.

“Kami dah pernah mencuba sebelum bercerai. Daripada bergaduh dan biarkan anak membesar dengan tengok keadaan sebegitu, jadi lebih baik tidak. Bila anak tengok, walaupun ibu bapanya berpisah tapi gembira, itu yang paling penting.

“Pada masa sama, saya pun tak nak mencari pengganti buat masa ini. Sebab lebih nak fokuskan pada anak sebab dia masih kecil sehingga usia dia dah boleh terima dan tahu status kedua ibu bapanya,” ujarnya.

Untuk rekod, Keith mendirikan rumah tangga bersama Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar Raymond Foo yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun, rumah tangga dibina mereka tidak kekal lama apabila sah bercerai pada Disember 2019. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI