fbpx

Rempuh lapan pelanggan restoran, pemandu mabuk ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi kejadian dalam kemalangan melibatkan tiga buah kereta sehingga lapan pelanggan restoran serta dua pejalan kaki cedera di Jalan Klang Lama, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh ruang luar sebuah restoran sehingga lapan pelanggan cedera di Jalan Klang Lama, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, lelaki berumur 57 tahun itu ditahan di tempat kejadian awal pagi ini.

“Dalam kejadian pukul 9.30 malam, lelaki terbabit memandu Honda HR-V dari arah Petaling Jaya menghala pusat bandar hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kenderaan jenis Lexus yang diparkir di bahu kiri jalan.

“Akibat pelanggaran itu kereta Lexus bergerak ke hadapan dan melanggar sebuah Perodua Axia yang diparkir di bahagian hadapan restoran” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, impak rempuhan menyebabkan Perodua Axia melanggar lapan pelanggan yang sedang makan di ruang luar sebuah restoran serta dua pejalan kaki.

“Kesemua mangsa serta pemandu kereta Lexus mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk menerima rawatan,” katanya.

Jelasnya, saringan awal mendapati kandungan alkohol di dalam badan suspek melebihi had ditetapkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI