fbpx

PBB tuntut tindakan segera henti konflik Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNJUK perasaan berarak menentang rampasan kuasa oleh tentera di bandar Sagaing pada 13 Februari lalu. - AFP

GENEVA – Sekurang-kurangnya 1,600 penduduk dan 12,500 lagi ditahan oleh pasukan keselamatan Myanmar sejak konflik rampasan kuasa tercetus di negara itu pada tahun lalu, lapor akhbar Saudi Gazette, kelmarin.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi satu laporan memberi amaran bahawa pencabulan hak serius yang berlaku di Myanmar mungkin menyamai jenayah perang dan kemanusiaan. 

Menerusi laporan berkenaan, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk mengambil langkah segera dan bersepadu bagi membendung keganasan di negara itu.

Pasukan tentera dan keselamatan dilaporkan telah mengebom kawasan-kawasan berpenduduk melalui serangan udara menggunakan senjata-senjata berat dan dengan sengaja menyasarkan orang awam.

“Skala dan keseriusan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dialami oleh rakyat Myanmar memerlukan tindak balas antarabangsa yang tegas, bersatu dan perlu diselesaikan,” kata Bachelet.

Sementara itu, laporan yang dikeluarkan bersempena dengan persidangan Majlis Hak Asasi Manusia PBB kali ke-49 itu turut menegaskan bahawa tentera dan pasukan keselamatan Myanmar tidak menghiraukan nyawa penduduk secara terang-terangan. 

“Ramai yang telah ditembak di kepala, dibakar hingga mati, ditangkap sewenang-wenangnya, diseksa atau digunakan sebagai perisai manusia,” demikian menurut laporan tersebut.

Selain memuji kesungguhan rakyat Myanmar menentang rampasan kuasa, Bachelet turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk membantu segala yang termampu dalam menyelesaikan krisis dan membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan antarabangsa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI