fbpx

Chelsea mudah sahkan kemaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZPILICUETA (tengah) meledak gol kemenangan Chelsea ketika menewaskan Lille dengan agregat 4-1 awal pagi semalam sekali gus mara ke suku akhir. – AFP

LILLE – Juara bertahan, Chelsea menepati ramalan apabila berjaya mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan jaguh Ligue 1, Lille dengan kemenangan agregat 4-1 awal pagi semalam.

Pada aksi pusingan kedua itu, skuad The Blues ketinggalan 0-1 hasil jaringan Burak Yilmaz sebelum bangkit dengan ledakan Christian Pulisic dan Cesar Azpilicueta untuk merekodkan kemenangan 2-1 di gelanggang lawan.

Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel optimis kejayaan yang dilakar bakal menyaksikan pasukan pencabar di peringkat suku akhir nanti pasti gerun sekiranya diundi bertemu anak-anak buahnya.

“Saya percaya keputusan ini akan menggerunkan pasukan lawan yang bakal diundi bertemu kami nanti. Kami adalah juara bertahan dan mentaliti serta semangat juang yang dipamerkan oleh pasukan cukup tinggi.

“Dalam masa yang sama, saya mahu barisan pemain bersedia kerana apabila berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik Eropah, apa sahaja boleh berlaku tetapi momentum ketika ini sememangnya memihak kepada kami,” katanya.

Sementara itu, Tuchel turut memuji impak yang diberikan oleh kapten pasukan, Azpilicueta yang menjaringkan gol kemenangan selain percaya pemain antarabangsa Sepanyol itu layak dilabel sebagai le­genda kelab ini.

“Azpilicueta adalah contoh terbaik buat pemain generasi muda kerana dia memiliki kua­liti kepimpinan yang tinggi dan boleh menaikkan motivasi pemain untuk bangkit melakar kemenangan meskipun pasukan tidak beraksi dengan baik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI