fbpx

PGA bongkar sindiket proses arak tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara tangkapan dan rampasan yang dilakukan PGA dalam serbuan di sekitar Gombak semalam.

GOMBAK – Kegiatan seorang ahli kimia warga India terlibat dalam sindiket pemprosesan arak tiruan berjaya dibongkar dalam serbuan di sebuah premis di kawasan perindustrian sekitar daerah ini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, serbuan telah dilakukan sepasukan anggota Batalion 4 PGA Semenyih kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

“Serbuan terbabit telah berjaya menahan tiga lelaki termasuk ahli kimia terbabit yang menjadikan premis tersebut sebagai makmal memproses pelbagai jenama arak tiruan yang popular.

“Pasukan operasi telah bertindak merampas 2,638 botol minuman keras bernilai RM204,571 (tidak termasuk cukai) selain peralatan memproses arak tiruan, pelekat khas kastam dan pelekat jenama arak.

“Turut dirampas adalah sebuah lori, van dan dua telefon bimbit untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, soal siasat mendapati suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan dua warga India di mana warga tempatan tersebut berperanan sebagai pemandu lori manakala warga asing adalah ahli kimia dan operator.

“Kegiatan sindiket terbabit dipercayai telah aktif sejak tahun 2019 dengan memasarkan arak tiruan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 dan Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI