fbpx

Perdana Menteri ucap tahniah kepada Shereen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kejayaan atlet olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy pada saingan Divisyen II Kejohanan Olahraga NCAA pada Sabtu lalu berjaya menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Shereen berada dalam kelas tersendiri pada kejohanan di Kansas, Amerika Syarikat itu apabila muncul pelari wanita pertama Malaysia berjaya melakukan catatan masa bawah 54 saat (s) bagi acara 400 meter (m) dalam dewan.

Catatan 53.79s dilakukan pelari berusia 23 tahun itu sekali gus memperbaharui rekod 400m dalam dewan kebangsaan, 54.58s yang dilakukan oleh Noraseela Mohd. Khalid pada 2006.

“Tahniah Shereen Vallabouy atas kejayaan memecah rekod kebangsaan acara 400m di Kejohanan NCAA Division II Amerika Syarikat. Semoga terus kekalkan legasi dan mengharumkan nama negara,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan yang dipetik dari Facebook Keluarga Malaysia.

Biarpun Shereen berjaya memperbaharui rekod dalam dewan tetapi dia masih belum memecahkan rekod kebangsaan dipegang Rabia Abdul Salam yang mencatat masa 52.56s di Manila, Filipina pada 1 Disember 1993. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI