fbpx

Pengantin perempuan sanggup bayar mas kahwin RM1.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan Bailew bersama pasangannya Micky ketika mengadakan majlis perkahwinan di Khon Kaen pada Ahad lalu. – INN News

BANGKOK – Seorang pengantin perempuan di Thailand menghadiahkan mas kahwin berjumlah 12.8 juta baht (RM1.6 juta) kepada pengantin lelaki dalam satu acara yang berlangsung di bandar Khon Kaen, Ahad lalu, lapor laman berita Thaiger semalam.

Berbeza daripada kebiasaan di mana pengantin lelaki yang perlu membayar mas kahwin, Micky, 33, sebaliknya menerima mas kahwin daripada isterinya, Bailew, yang juga berusia 33 tahun. 

Antara mas kahwin yang diterima adalah wang tunai 2 juta baht (RM250,704), barangan kemas bernilai 500,000 baht (RM62,676), surat hak milik tanah 0.8 hektar bernilai lebih 500,000 baht (RM62,676), sebuah rumah berharga 7 juta baht (RM877,465) serta kereta BMW 3 Series berharga 2.8 juta baht (RM350,986).

Kebiasaannya, keluarga pengantin perempuan akan meminta mas kahwin atau ‘sin sod’ sebanyak 100,000 baht (RM12,535) hingga satu juta baht (RM125,352) daripada pihak pengantin lelaki. 

Menurut akhbar Thai Rath, Bailew mempunyai banyak perniagaan termasuk sebuah restoran yang maju di bandar Khon Kaen.

Keluarganya juga tidak membantah apabila dia memberitahu ingin membayar mas kahwin itu. Dia menganggap dirinya wanita yang bertuah kerana Micky telah menjaganya dengan baik sepanjang perhubungan mereka. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI