fbpx

PSUAM gesa SPRM siasat penglibatan Mohd. Nazlan dengan 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Muhammad Imran (tengah) menunjukkan laporan yang dibuat oleh PSUAM kepada SPRM agar menjalankan siasatan ke atas penglibatan Mohd. Nazlan dengan kes kontroversi 1MDB.

PUTRAJAYA – Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) menggesa satu siasatan dijalankan ke atas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali berhubung penglibatannya dalam kes kontroversi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kenaikan pangkat beliau yang didakwa sebagai meragukan.

Pengerusinya, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, pihaknya menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan tersebut susulan penularan beberapa dokumen bertarikh 7 Mac lalu di sebuah portal tempatan.

“Dokumen tersebut dipercayai telah disediakan oleh Mohd. Nazlan, iaitu hakim Mahkamah Tinggi yang dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Rayuan selepas menjatuhkan hukuman bersalah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penglibatannya dalam kes melibatkan dana SRC International.

“Dokumen itu merupakan minit mesyuarat Group Management Credit Comittee (GMCC) Maybank yang telah bersidang pada 7 Mac 2012 di Kuala Lumpur berkenaan permohonan 1MDB untuk mendapatkan ‘bridging loan’ jangka pendek sebanyak RM6.17 bilion,” katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Menurut beliau, permohonan tersebut adalah bagi membiayai pengambilalihan keseluruhan ekuiti Tanjung Energy Group (TEG) iaitu sebuah syarikat yang mempunyai lapan buah ‘independent power plan’ (IPP).

“Selain itu, kami juga menuntut SPRM menyiasat kenaikan mendadak pangkat seorang hakim junior seperti Mohd. Nazlan menjadi hakim mahkamah rayuan kerana orang awam melihatnya sebagai suatu imbuhan menjadi hakim yang mensabitkan Datuk Seri Najib dalam kes SRC Internatiuonal yang secara terang-terangan dicemari konflik kepentingan.

“Jika perkara ini disiasat dan didapati benar, bagaimana seorang hakim yang ada penglibatan langsung dalam 1MDB boleh mengendalikan kes sebesar itu. Ia satu konflik kepentingan yang besar dan jika beliau terlibat, maka kes ini harus dibicarakan semula atau dibuang terus,” ujar beliau.

Tambah Syed Muhammad Imran, Mahkamah Rayuan adalah berpandukan hukuman ditetapkan Mahkamah Tinggi, jadi jika hakim Mahkamah Tinggi didapati ada melakukan kesalahan yang besar kes tersebut harus dibicarakan semula dan hukuman ke atas Najib harus dibatalkan.

Terdahulu, Syed Muhammad Imran bersama beberapa lagi individu dilihat hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 11 pagi bagi membuat laporan berhubung dakwaan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI