fbpx
Rick (tengah); Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, Datuk Izwan Ibrahim (kanan); dan Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan PNB, Norhanifah A. Jalil bersama dua pengiktirafan daripada IWBI yang diterima.

PNB raih pensijilan WELL Platinum bagi reka bentuk dalaman pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB) meraih Pensijilan WELL pada tahap Platinum bagi reka bentuk dalaman pejabatnya, yang dianugerahkan oleh International WELL Building Institute (IWBI), pihak berkuasa global dalam transformasi kesihatan dan kesejahteraan di bangunan, organisasi dan komuniti.

Pencapaian itu menandakan projek reka bentuk dalaman pejabat dengan Pensijilan WELL Platinum yang terbesar di Asia Tenggara.

Pensijilan tersebut turut melengkapi Pensijilan WELL Core Platinum yang telah dicapai oleh Menara Merdeka 118, bangunan yang menempatkan ibu pejabat PNB.

Diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia yang menerima Pensijilan WELL Core Platinum, menara ini mewujudkan asas kukuh bagi persekitaran tempat kerja yang direka untuk mengutamakan kesihatan, kesejahteraan dan kelestarian.

Piawaian WELL merupakan rangka kerja yang diiktiraf di peringkat global, terdiri daripada strategi berasaskan bukti yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan organisasi serta warga kerjanya merentasi 10 konsep iaitu udara, air, pemakanan, pencahayaan, pergerakan, keselesaan terma, bunyi, bahan, minda dan komuniti.

Untuk memperoleh Pensijilan WELL pada tahap Platinum, iaitu tahap tertinggi, organisasi perlu memenuhi keperluan dokumentasi menyeluruh, ujian bebas di tapak serta pengesahan prestasi yang ketat bagi memastikan persekitaran tempat kerja memenuhi kriteria kesihatan dan kesejahteraan yang boleh diukur.

Timbalan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rick Ramli berkata, pencapaian WELL Platinum menandakan satu mercu penting dalam perjalanan PNB untuk membudayakan kesihatan dan kesejahteraan dalam strategi tempat kerja.

“Sebagai projek reka bentuk dalaman pejabat dengan Pensijilan WELL Platinum terbesar di Asia Tenggara, pencapaian ini mencerminkan komitmen kami untuk menetapkan penanda aras bagi korporat Malaysia, di mana prestasi organisasi dan kesejahteraan pekerja bergerak seiring,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN