fbpx

Kelab gergasi Liga M ratah pasukan kerdil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFAWI turut meletakkan namanya dalam senarai penjaring ketika membantu JDT membelasah BRM FC 10-0 pada Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin. – RAJA JAAFAR ALI

EMPAT lagi aksi pusingan pertama Piala FA yang berlangsung kelmarin menyaksikan wakil Liga Super terus mendominasi saingan apabila tiga daripada­nya berkenduri gol ke atas lawan masing-masing.

Daripada jumlah jaringan terhasil pada aksi kelmarin, seba­nyak 28 gol tercipta dan kekalahan tiga kelab daripada Liga M3 menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah itu.

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) me­nyumbang kemenangan terbesar apabila meratah BRM FC 10-0 di Stadium Sultan Ibrahim di­ikuti KL City mengatasi Langkawi City 8-0 dan Sarawak United mebenam Ultimate FC 7-0.

Selain daripada empat perlawanan kelmarin, kesimpulan mudah bagi menggambarkan kemampuan kelab kerdil untuk bersaing di pentas tertinggi cukup jelas iaitu masih terdapat jurang kualiti cukup besar.

Daripada lapan pasukan Liga M3 yang sudah beraksi, hanya Respect FC dilihat mampu beri saingan kepada kelab atasan apabila sekadar tewas 2-0 kepada skuad Liga Super Sabah FC, manakala selebihnya ber­akhir dengan kekalahan besar, sekurang-kurangnya 4-0 dan tiada satu pun yang mampu menghasilkan gol.

Itu pun disebabkan kelab itu turut dibarisi ramai bekas pemain kelab atasan seperti R. Surendren, Mohd. Hafiz Kamal, Mohd. Nazrin Nawi, Mohd. Fazrul Hazli Mohd. Kadri, Abdul Aziz Ismail, Hamizul Izaidi Zulkifli dan Khairul Amri Salehuddin.

Satu-satunya aksi yang mencuri perhatian setakat ini adalah pertemuan antara satu lagi wakil Liga Super, Petaling Jaya City dan kelab Liga Premier, Kelantan di Stadium Majlis Bandaraya Peta­ling Jaya, berkesudahan The Phoenix menang 2-1.

“Secara keseluruhannya, saya gembira dengan apa yang dipamerkan oleh pemain, namun menentang Kelantan bukanlah tugas yang mudah kerana mereka miliki kualiti.

“Kami telah dikerah dan be­kerja keras. Menerusi kemenangan ini, kami pasti akan bawa mentaliti sama untuk teruskan saingan selepas ini,” kata pengendali PJ City FC, P Maniam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI