fbpx

Buat ‘onani’ guna pakaian jiran, warga emas ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan tidak senonoh warga emas berkenaan berjaya dirakam menerusi sebuah video berdurasi 45 saat.

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang lelaki mengambil pakaian dalam wanita yang dijemur dan melakukan perbuatan tidak senonoh mengundang padah selepas dia ditahan di sekitar Puchong, Selangor semalam.

Perbuatan tersebut berjaya dirakam jiran mangsa menerusi sebuah video berdurasi 45 saat sebelum ia tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya telah menerima aduan pada hari yang sama kira-kira pukul 2.44 petang.

“Lelaki berkenaan telah mengambil pakaian dalam yang dijemur mangsa berhampiran sebuah Flat Sri Sentosa, Jalan Klang Lama. Suspek telah mencium pakaian tersebut dan melakukan perbuatan onani.

“Perbuatan tersebut telah dilihat dan dirakam jiran mangsa yang kemudiannya menghubungi mangsa untuk memaklumkan perbuatan lelaki terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, hasil risikan sepasukan polis dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, suspek telah berjaya dikesan dan ditahan.

“Suspek merupakan lelaki warga tempatan berusia 62 tahun yang tinggal di sekitar Puchong, Selangor. Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Satu kertas siasatan dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 telah dibuka. Permohonan reman akan dibuat hari ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI