fbpx
HYOMIN

Hyomin putus cinta akibat tekanan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JANUARI lalu, penyanyi Hyomin dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan pemain bola sepak terkenal, Hwang Ui-jo selepas mereka dirakam menghabiskan masa bersama di Switzerland.

Biarpun tiada sebarang pengesahan daripada kedua-duanya berkenaan status hubungan mereka, namun baru-baru ini percintaan pasangan itu dilaporkan telah musnah di tengah jalan.

Semuanya gara-gara Hyomin dan Ui-jo dikatakan tertekan dengan situasi apabila hubungan cinta mereka menjadi perhatian umum.

“Kami ingin memaklumkan kisah hubungan Hyomin dan Ui-jo yang dilaporkan pada Januari lalu.

“Ketika itu, hubungan mereka lancar. Namun, disebabkan tekanan, kedua-duanya memilih untuk kekal sebagai kawan,” ujar agensi Hyomin.

Status terkini hubungan anggota T-ara dengan pemain bola sepak itu nyata menyebakkan peminat.

“Sedihnya tapi saya doakan yang terbaik, semoga mereka bertemu bahagia,” ujar peminat.

POPULAR