fbpx

Gempar jumpa janin bayi ditanam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Rodziah menunjukkan lokasi penemuan janin bayi itu.

SABAK BERNAM – Rutin harian seorang suri rumah menyiram pokok bunga dikejutkan dengan penemuan janin bayi
dalam sebuah beg kecil yang ditanam berdekatan rumahnya di Jalan Parit Satu Barat, Sungai Besar di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu disedari Siti Rodziah Abd Majid, 54, selepas melihat kesan korekan tanah  di kawasan tersebut.

Menurutnya, semasa kejadian dia sedang menyiram pokok bunga dan memberi makanan kepada kucing di rumahnya merasakan pelik terdapat kesan korekan tanah kira-kira 15 meter dari kediaman.

“Bagi mendapatkan kepastian, saya meminta anak lelaki (Muhammad Fahmi Rosziman, 16) mengorek semula tanah itu dan terkejut melihat janin bayi berada dalam sebuah beg.

“Saya kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian yang kali pertama berlaku di kampung itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam tadi

Jelas Siti Rodziah, sebelum kejadian itu, dia tidak dapat tidur sehingga pukul 2 pagi kerana mengalami sakit kepala.

“Namun, saya tidak mendengar bunyi mencurigakan kecuali babi hutan atau anjing liar yang kerap datang ke halaman rumah,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias mengesahkan penemuan janin
yang belum cukup sifat berkenaan.

“Janin bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati janin itu dianggarkan baru berusia 20 minggu dalam kandungan,” ujarnya.

Kata beliau, pihaknya menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan di sekitar Parit 1 Barat, kira-kira pukul 1 tengah hari, hari sama.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI