fbpx

PRN Johor: Keluar awal mengundi, cuaca diramal hujan, ribut petir sebelah petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan semua pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor agar keluar awal mengundi esok.

Nasihat itu dikeluarkan sendiri Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah.

Beliau turut memaklumkan cuaca diramalkan cerah pada sebelah pagi di semua kawasan di negeri ini.

Bagaimanapun katanya, ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang melibatkan tujuh daerah iaitu Johor Bahru, Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Kulai.

“Manakala tiga daerah iaitu Mersing, Kota Tinggi dan Kluang diramalkan mendung pada sebelah petang,” katanya kepada Kosmo!

Muhammad Helmi menambah, suhu pula diramalkan antara 23 hingga 33 darjah celsius sepanjang hari.

Pada PRN Johor kali ini, seramai 239 calon bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri melibatkan 11 parti politik termasuk bebas.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar, layak mengundi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI