fbpx

Rusia dituduh bedil hospital bersalin dan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita yang cedera dipakaikan selimut ketika berdiri di luar hospital yang musnah dalam serangan. – Mstyslav Chernov

KIEV – Sebuah hospital bersalin dan kanak-kanak di bandar Mariupol menjadi sasaran terbaharu serangan udara dalam pertempuran sengit antara tentera Rusia dan Ukraine, lapor Badan Penyiaran Britain.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata, orang awam terperangkap di sebalik runtuhan bangunan serta menggelar serangan itu sebagai satu jenayah perang.

Pegawai wilayah memberitahu media tempatan bahawa tiga orang terbunuh dan  sekurang-kurangnya 17 individu cedera termasuk kakitangan hospital dan pesakit.

Dewan Bandaraya Bandar Mariupol pula berkata, serangan itu menyebabkan kerosakan besar. Beberapa rakaman video menunjukkan bangunan-bangunan terbakar, kereta-kereta musnah dan kawah besar kesan daripada serangan di luar hospital.

“Kami tidak faham bagaimana mereka tergamak mengebom hospital kanak-kanak. Orang ramai sukar mempercayai bahawa kejadian ini benar-benar berlaku,” kata Timbalan Datuk Bandar Mariupol, Serhiy Orlov.

Sementara itu, Zelenskyy dalam video terbaharunya berkata,  serangan itu merupakan jenayah perang.

“Negara jenis apakah Rusia ini yang takutkan hospital dan wad bersalin sehingga tergamak memusnahkannya?” tegasnya.

Bandar Mariupol telah dikepung oleh tentera Rusia selama beberapa hari. Beberapa cubaan untuk melaksanakan gencatan senjata bagi membolehkan orang awam meninggalkan bandar itu turut gagal dilaksanakan setakat ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI