fbpx

Ketiadaan Gallifuoco bukan masalah – Bojan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GALLIFUOCO

KETIADAAN pertahanan te­ngah, Giancarlo Gallifuoco tidak beri kesan besar buat Kuala Lumpur City untuk menghadapi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman, malam ini.

Pengendali KL City, Bojan Hodak berkata, beliau masih memiliki senarai pemain yang sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan kesemuanya memiliki peluang sama rata untuk diturunkan.

“Kita akan lihat siapa yang bersedia dari segi fizikal untuk hadapi perlawanan akan datang. Selepas itu, saya dan barisan kejurulatihan akan putuskan siapa yang akan bermain. Paling penting, semua pemain perlu melakukan tugas mereka,” katanya.

Kejayaan menjulang Piala Malaysia musim lalu meletakkan skuad Ibu Kota sebagai antara pasukan pencabar, namun terpaksa akur dengan keputusan seri 3-3 pada aksi pembuka tirai Liga Super menentang Selangor, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, satu mata yang diraih itu terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila Gallifuoco dilayangkan kad merah dan tidak dapat bersama pasukan menentang KDA FC.

Menyedari kualiti yang ada pada KDA FC, Hodak juga sedang mencongak untuk mula menurunkan penyerang sensasinya, Romel Morales, namun segala keputusan adalah bergantung kepada kecederaan lutut yang dialami bintang dari Colombia itu.

“Romel belum cergas sepenuhnya tetapi dia berada dalam keadaan baik. Dia masih dalam proses pemulihan, sudah mula sertai latihan dan saya harap dia dapat bermain menentang Kedah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI