fbpx

NASA lelong 74 gambar misi Apollo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang dikeluarkan oleh NASA mwnunjukkan angkasawan Edwin E. ‘Buzz’ Aldrin Jr memberi hormat kepada bendera AS di permukaan Bulan semasa misi bulan Apollo 11 pada 20 Julai 1969. – Space Center Houston

WASHINGTON – Sebanyak 74 gambar misi Apollo milik Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang mendokumentasikan penerokaan angkasa lepas akan dilelong, lapor laman berita Wion News semalam.

Ia termasuk gambar pertama earthrise yang disaksikan manusia dan gambar langkah pertama manusia di Bulan. 

Earthrise adalah gambar Bumi dan bahagian permukaan Bulan yang diambil oleh angkasawan William Anders pada 1968 semasa misi Apollo 8.

Beberapa koleksi gambar itu adalah milik arkib NASA sendiri dan tidak diketahui umum. Salinan terpilih adalah yang pernah muncul di muka depan majalah-majalah di Amerika Syarikat (AS) untuk memberitahu mengenai kejayaan negara itu dalam penerokaan di Bulan.

Lelongan koleksi peribadi milik seorang warga asing yang dirahsiakan identitinya itu dijadualkan berlangsung esok (9 Mac).

NASA memutuskan untuk melelong gambar-gambar itu sempena ulang tahun ke-60 ucapan terkenal bekas Presiden AS, John F. Kennedy mengenai Bulan pada tahun ini.

“Kata-katanya yang berinspirasi pada 1962 bukan hanya mengenai misi untuk meletakkan manusia di Bulan, malah untuk merangsang semangat di mana segala-galanya mampu dicapai oleh manusia dengan peredaran zaman,’’ kata NASA.

Lelongan itu juga termasuk gambar lawatan terakhir Kennedy ke NASA di Cape Canaveral pada 16 November 1963, hanya enam hari sebelum kematiannya yang tragis.

Rumah lelong Denmark, Bruun Rasmussen yang bertanggungjawab untuk acara itu berkata, koleks itu itu dijangka dapat menjana perolehan lebih daripada AS$2 juta (RM8.36 juta). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI