fbpx

Banjir : Segera naik taraf ban Taman Sri Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Madawi menunjukkan ban yang sedang dinaik taraf di pintu air berkenaan.

SHAH ALAM – Penduduk Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, meminta pihak berwajib mempercepatkan pelaksanaan menaik taraf ban di pintu air kawasan itu bagi mengelak tragedi banjir buruk berulang.

Rata-rata mangsa kini masih trauma sehingga terpaksa keluar rumah dengan membawa kenderaan dan pakaian sekiranya berlaku limpahan air di kawasan tersebut.

Seorang penduduk, Madawi Surip, 39, dia terkejut melihat orang ramai mengerumuni kawasan rumahnya kira-kira pukul 6 petang kelmarin.

“Pada waktu itu, keadaan agak kecoh dan ramai penduduk termasuk jiran sudah keluar dengan membawa kenderaan serta pakaian.

“Sebagai persediaan, saya juga membawa barangan penting ke tingkat atas rumah kerana masih trauma dengan banjir yang memusnahkan semua harta benda sebelum ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Semalam, penduduk kawasan itu panik apabila air Sungai Klang melimpah menerusi ban di kawasan pintu air tersebut, kira-kira pukul 6 petang sebelum surut pukul 9 malam hari sama. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI