fbpx

Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri termasuk beberapa daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang.

“Di Kedah membabitkan Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak melibatkan Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang serta amaran dikeluarkan di seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Tambahnya lagi, amaran yang sama turut dikeluarkan di Negeri Sembilan yang hanya tertumpu di Seremban.

“Di Sarawak pula membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya.

Semalam, hujan lebat luar biasa yang berlarutan dalam tempoh dua jam dipercayai punca berlakunya banjir kilat di ibu negara apabila mencatatkan kadar taburan hujan yang tinggi dengan bacaan 106.5 mm direkodkan di Stesen Taman Desa Smart, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI