fbpx

26,856 kes Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 26,856 kes positif Covid-19 telah dilaporkan di seluruh negara semalam sekali gus menunjukkan penurunan kes positif harian selepas beberapa hari mencatatkan kes melebihi 30,000 sebelum ini.

Jumlah kes positif baharu yang dilaporkan semalam itu menunjukkan penurunan berbanding empat hari kebelakangan ini apabila sebanyak 27,435 kes dilaporkan kelmarin, 33,406 kes pada 5 Mac, 33,209 kes pada 4 Mac dan 32,467 kes positif pada 3 Mac lalu.

Menurut data yang dipamerkan pada laman web CovidNow hari ini, sebanyak 211 kes positif yang dilaporkan semalam merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dengan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara merekodkan sebanyak 3,649,463 kes.

“Mengikut pecahan kes yang dilaporkan di seluruh negara, kes semalam dilaporkan di Selangor (7,548 kes), Kuala Lumpur (2,757 kes), Kedah (2,915 kes), Johor (2,168 kes), Pulau Pinang (2,286 kes), Sabah (1,967 kes), Pahang (1,624 kes), Negeri Sembilan (1,659 kes) dan Kelantan (1,616 kes).

“Seterusnya Perak (1,410 kes), Sarawak (1,243 kes), Terengganu (943 kes), Melaka (760 kes), Labuan (248 kes), Perlis (231 kes) dan Putrajaya (159 kes),” demikian paparan maklumat tersebut hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 77 kematian akibat Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,305 kes serta sebanyak 26 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,895 kes.

Sebanyak 304,304 kes aktif dilaporkan melibatkan 291,827 kes dikuarantin di rumah, 3,373 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,736 kes di hospital, 145 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 223 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI