fbpx

Covid-19 : 184 kes kategori 3,4 dan 5 direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 184 kes daripada 27,435 kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 9,756 kes (35.56 peratus) dan kategori dua sebanyak 17,495 kes (63.77 peratus).

Ujar beliau, kategori tiga pula sebanyak 89 kes (0.33 peratus), kategori empat sebanyak 53 kes (0.19 peratus) dan kategori lima 42 kes (0.15 peratus).

“Daripada 184 kes kategori tiga, empat dan lima, 55 kes (29.89 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 85 kes (46.20 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 44 kes (23.91 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 98 kes (53.26 peratus) berusia 60 tahun dan ke atas, 64 kes (34.78 peratus) mempunyai komorbid dan tiga kes (1.63 peratus) ibu mengandung,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 30,335 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 3,281,128 kes serta 379 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 216 kes memerlukan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI